Memaparkan catatan dengan label Virus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Virus. Papar semua catatan

25 September 2008

Membaiki “Task Manager is Disabled

Satu masalah yang kerap kali berlaku akibat serangan virus ialah fungsi Task Manager dihalang. Jika anda klik kanan pada taskbar dan ’Task Manager’ berwarna kelabu, ia bermakna ia Task Manager telah disekat. Jika anda cuba membukanya melalui Run > taskmgr pula, satu kotak mesej akan keluar: “Task Manager has been disabled by your administrator.”

Untuk mengembalikan semula fungsi Task Manager ini, anda haruslah terlebih dahulu membuang virus pada komputer tersebut. Gunakan perisian Anti-Virus seperti Avira, Avast, ataupun AVGFree. Kalau Antivirus pun gagal dibuka dalam Windows, ketahui bagaimana untuk scan virus sebelum masuk ke dalam Windows.

Untuk mengembalikan semula fungsi Task Manager ini, anda boleh gunakan regedit ataupun gpedit.msc. Ikuti salah satu dari dua cara di bawah:
Menggunakan Registry Editor (regedit)

1. Pada kotak Run, taipkan regedit dan tekan Enter untuk melancarkan Registry Editor.
2. Pergi ke HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies.
3. Cari DisableTaskMgr dan tukarkannya kepada 0.

Menggunakan Group Policy Editor (gpedit.msc)

1. Pada kotak Run, taipkan gpedit.msc dan tekan Enter untuk melancarkan Group Policy Editor.
2. Pergi ke User Configuration\Administrative Templates\System\Ctrl + Alt + Del Options
3. Pada bahagian kanan, double-click pada Remove Task Manager dan tukarkannya kepada Disabled.

Entri berkaitan

16 Ogos 2008

Masalah firefox

Virus ini dikenali sebagai heap41a W32.USBWorm. Sekiranya PC anda telah dijangkiti virus ini, anda akan mempunyai masalah untuk ‘install’ Mozilla Firefox ataupun jika Firefox sudah ada dalam komputer anda, anda tidak akan dapat menggunakannya.
Sebaliknya notis ini akan keluar

Cara mengatasinya…
1. Tekan Ctrl+Alt+Del dan Task Manager akan muncul.
Cari proses svchost.ese atas nama komputer anda, contoh seperti di bawah ini:-

2. Hentikan proses berkenaan.
3. Cari folder ini, heap41a. Biasanya ia tersembunyi. Delete keseluruhan folder berkenaan.
4. Sepatutnya setelah anda berbuat demikian, anda sudah boleh menggunakan browser kesayangan anda itu. ;-)

Tetapkan hiden file

start

Run

regedit

HKEY_LOCAL_MACHINE->
sOFTWARE->
Microsoft->
Windows->
CurrentVersion->
Explorer->
Advanced->
Folder->
Hiden->
SHOWALL. lihat sebelah kanan,
tekan,Checkedvalue,2 kali,ubah value data (0)jadi (1)

Entri berkaitan

Gangguan virus

Ganguan Virus Melalui Autorun.inf

Semalam ada seorang rakan datang ke rumah saya dengan muka tak berapa ceria kerana takleh print gambar-gambar tapak projek binaan dalam pendrivenya. Dia kata pendrive beliau tidak boleh nak dibuka (browse). Ceritanya pendrive tu telah digunakan di PC kat pejabat pihak berkenaan dengan projek dia tu, PC tu ada virus la pulak.

So, baliklah beliau ke rumahnya terus perisian antivirusnya 'menangkap dan membunuh' fail-fail virus/trojan tersebut itu. Belaiu pun cubalah browse pendrive tersebut. Tapi timbullah beberapa ralat fail tak dijumpai, dan pendrive masih tak boleh diakses. Jadi, saya pasti bahawa hal ini berlaku kerana perisian anti virus tidak memadam fail autorun.inf yang mana digunakan oleh virus/trojan untuk merebak.


Cara Memadam Autorun.inf.

Dalam kebanyakan kes, anda boleh lakukan begini,

Cara Pertama

1. mula-mula buka My Computer
2. Klik pada Tools kemudian pada Folder Options...
3. kemudian klik pada tab View dan
* Pilih Show hidden files and folders
* Buang tick pada Hide protected operating system files (Recommended)
* Klik Ok
4. Kemudian, Klik-Kanan pada Pendrive anda dan klik Open
5. Klik-kanan pada fail autorun.inf dan pilih Delete

Itu saja. Tanggalkan pendrive anda dan pasang kembali. Walaaa.. dah okey.

Cara Kedua

Kadang-kadang fungsi Open pada langkah ke-4 Cara Pertama juga tidak boleh digunakan, kerana telah diambil alih oleh trojan/virus terbabit. Jadi sila lakukan begini,

1. Jalankan arahan command line pada Windows anda dengan menaip CMD pada Run...
1. Klik START , Run...
2. Isikan CMD dan tekan ENTER
2. Bila keluar kekotak CMD tersebut, lakukan begini,
1. Taipkan J: dan ENTER (jika huruf pemacu (drive letter) pendrive adalah J:. Gantikan dengan J dengan huruf pemacu anda.
2. kemudian taip attrib autorun.inf -h -s -r dan ENTER
3. kemudian taip del autorun.inf dan ENTER
4. Taip exit dan ENTER
3. Tanggalkan pendrive anda seketika kemudian pasangkan kembali.


Kedua-dua cara di atas boleh juga digunakan kepada hard drive anda, cuma anda kena restart komputer anda untuk menghilangkan kesan autorun tersebut, tak sama seperti pendrive kerana pendrive adalah removable storage.

Tetapi kadang-kadang prosedur di atas tidak boleh dilakukan, jika PC tersebut juga telah dijangkiti oleh virus, trojan atau lain-lain yang menyahakses kepada

* Folder options
* Task Manager
* Regedit
* Command Line (CMD, Command.com)

Anda perlulah menyelesaikan masalah ini dulu.
Related to: Windows 95/98/ME/XP

Cara membuang perisian yang ‘degil.’

Anda memasang perisian tertentu dan ingin membuangnya daripada komputer anda. Kebanyakan daripada kita lazimnya akan menggunakan Add/Remove Programs yang terdapat dalam Control Panel. Ini adalah langkah yang terbaik untuk tujuan itu.

Bagaimana pula jika kaedah lazim seperti di atas tidak berjaya membuang perisian yang telah anda pasang?

Ada beberapa alternatif kepada Add/Remove Programs yang boleh anda cuba, untuk membuang perisian yang ‘degil.’

Antara perisian yang disenaraikan oleh OnSoftware ialah seperti berikut:

  1. MyUninstaller
  2. Revo Uninstaller
  3. Add/Remove Manager

Terdapat 7 lagi perisian yang disenaraikan oleh OnSoftware. Anda boleh melihat sendiri perisian yang tersenarai serta memuatturunnya di OnSoftware

Revo Uninstaller bukan sahaja membuang kesemua fail bagi perisian yang anda pasang, bahkan ia juga membuang rujukan dalam Registry Windows anda juga!

Satu lagi perisian percuma yang boleh anda gunakan ialah Glary Utilities.

1

myuninstaller




2
Revo Uninstaller 1.60











3
AddRemoveManager

Cara-cara nak buang virus New Folder.exe

tentu anda pernah hadapai prob. mcm task manager takleh bukak, run takde kat start menu, folder option tetibe ilang and etc.. problems tu terjadi sebab pc anda telah kene virus new folder.exe.. virus tue mmg menyusahkan kite kalau pc kite kene virus tue. biasanye virus tue merebak melalui pendrive or external hard disk... org yang create virus nie akan menempelkan satu koding kat pendrive or external hard disk dalam file aurtorun.inc. so antivirus takleh nak buang sebab file autorun tu mmg file windows..

okes kat sini saya de sharekan satu software yang leh clean pc anda..die leh buang virus tue and mengembalikan pc seperti sediakala (bagi wujud balik run, taks manager and folder option). korang leh donwload software tu kat link bawah..

>download here<

Cara-cara nak guna software nie..







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...