Pernahkan anda mengalami masalah ini?anda mengalami masalah ketika hendak hidupkan komputer anda...terdapat mesej keluar seperti :-
NTLDR is Missing
Press any key to restart
Boot: Couldn't find NTLDR
Please insert another disk
NTLDR is missing
Press Ctrl Alt Del to Restart
Penyebab Masalah ini ialah ;
NTLDR adalah fail sistem windows Xp.Fail ini sangat penting dan pertama sekali diperlukan supaya proses boot windows XP...Masalah berlaku apabila fail NTLDR ini tidak dapat diBoot...windows tidak dapat meneruskan proses boot jika fail ini hilang.Selain itu masalah ini juga disebabkan :-
- Virus menggangu fail penting ini.
- masalah Bad Sector pada Hard disk anda.
- Fail NTLDR atau NTDETECT.COM sengaja di delete.
Apa yang anda harus lakukan untuk menyelesaikan masalah ini?
- Sediakan Cd Installer windows XP.
- Masuk ke setup bios anda untuk menukarkan boot pertama anda ialah CD Rom.Caranya ialah dengan menekan butang F2,del atau F1 dan sebagainya terpulang kepada jenis motherboard anda.Ubahkan First Boot Device kepada Cd Rom.
* Menu pada bios anda berbeza mengikut jenis chip bios komputer anda.
- Untuk boot ke cd Windows Xp anda,anda perlu menekan sebarang butang papan kekunci anda apa bila mesej Press Any key to Boot from Cd-rom.
- Anda harus tunggu sehingga mesej seperti dibawah ini keluar.anda harus pilih To repair a Windows XP installation using Recovery Console,Press R .... Klik butang R.
- Anda akan ditanya sistem mana yang anda hendak baiki,Masukkan angka 1 kemudian Enter.
- Abaikan mesej Type the Administrator Password dengan menekan butang Enter jika tiada password admin.
- Selepas itu taip ;-
COPY e:\i386\NTDETECT.COM C:\
Perhatian : tukarkan e: kepada drive cd-rom anda contohnya E: F: atau sebagainya.
- Selepas itu,restart komputer anda,Semoga Masalah anda selesai! :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan