04 November 2008

Install Windows XP

Cara-cara Nak Format Hard Disk 

Dan Install Windows XP

Format Hard Disk dan install Windows XP ke dalam komputer biasanya dilakukan kerana dua sebab, iaitu:
* Anda baru sahaja membeli komputer atau hard disk baru, jadi anda perlu memasukkan OS ke dalamnya.
* Windows anda rosak, hang, atau dijangkiti virus. Dan install kembali Windows XP merupakan jalan terakhir yang terpaksa anda buat suapaya komputer anda kembali berfungsi seperti biasa.
Artikel pada kali ini akan mengajar anda cara-cara untuk format Hard Disk dan install Windows XP ke dalamnya, langkah demi langkah. (Nota: artikel ini dipenuhi dengan gambar rajah, jadi ianya mungkin mengambil sedikit masa untuk dipaparkan). Jika anda ingin cetak artikel ini, download fail pdf ini. Ok, mari kita mula:

Tetapkan Boot Sequence Kepada CD-ROM
Bagi memastikan komputer anda akan membaca CD Windows XP yang akan dimasukkan, boot sequence haruslah ditetapkan kepada CD-ROM terlebih dahulu. Dalam kebanyakan komputer, setting ini telah sedia ditetapkan, jadi anda tidak perlu bimbang lagi. Anda boleh terus ke bahagian Format Hard Disk sekiranya tiada masalah di sini.
Namun sekiranya komputer anda tidak membaca dari CD-ROM, ikuti langkah-langkah ini untuk menetapkan boot sequence:
(Nota: Setiap komputer mempunyai paparan BIOS yang tersendiri. Jadi, apa yang anda lihat ini mungkin berbeza dari komputer anda. Namun, konsep dan asasnya tetap sama)
  1. Hidupkan komputer anda.
  2. Tekan butang F2 (di sesetengah komputer, anda harus tekan butang DELETE)
    untuk melancarkan BIOS.
  3. Dalam Phoenix BIOS, pilih Advanced BIOS Features.

    boot sequence
  4. Pilih Boot Sequence.

    boot sequence
  5. Dalam urutan Boot Sequence, tentukan yang
    CD-ROM berada di bahagian atas sekali.

    boot sequence
  6. Tekan F10 untuk simpan setting anda
    dan restart komputer.
Format Hard Disk
  1. Pertama sekali, anda akan nampak satu skrin dengan mesej “Press any key
    to boot from CD…”. Tekan apa-apa
    butang di sini supaya komputer akan mula membaca dari
    CD Windows XP.

    boot sequence
  2. Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, “Press F6 if you need to
    install a third party
    SCSI or or
    RAID
    driver”. Mesej ini penting sekiranya anda install
    Windows XP ke atas Hard Disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket
    SATA yang disertakan bersama motherboard
    anda. Jika tidak, abaikan mesej ini dan teruskan ke langkah 3. (Nota:
    Sekiranya anda nak install Windows XP
    kepada Hard Disk SATA tapi tiada disket,
    ikuti langkah ini
    )

    install Windows XP
  3. “Welcome to Setup” dipaparkan. Tekan ENTER untuk mula
    install Windows XP.

    install Windows XP
  4. “Windows XP Licensing Agreement”. Tekan F8 untuk teruskan.

    install Windows XP
  5. Sekiranya Hard Disk anda mempunyai Windows XP, Setup akan bertanya
    sekiranya anda nak baiki Windows XP yang lama tu. Tekan butang ESC kerana
    anda nak install Windows XP yang baru.

    install Windows XP
  6. Sekiranya Hard Disk anda:

    • masih baru dan belum mempunyai sebarang partition, ikuti langkah 7
      hingga 8.
    • tapi jika ia sudah ada partition di dalamnya, teruskan pada langkah
      9.
  7. Buat satu partition dengan menekan butang C.

    install Windows XP
  8. Tentukan saiz partition anda dan tekan ENTER.

    install Windows XP
  9. Pilih partition C: untuk install
    Windows XP. Ingatan: Kalau anda ada fail dan dokumen penting dalam partition
    C:, buat backup dengan memindahkan data tersebut ke dalam partition D:
    ataupun ke dalam external hard drive.

    install Windows XP
  10. Tekan butang C untuk setuju.

    install Windows XP
  11. Pilih NTFS sebagai file system dan tekan ENTER.

    install Windows XP
  12. Tekan butang F untuk format Hard Disk.

    install Windows XP
  13. Setup akan mula format Hard Disk dan menyediakan fail bagi proses
    install Windows XP. Setelah proses ini
    selesai, komputer anda akan restart dengan sendirinya.

    install Windows XP
Install Windows XP
  1. Proses install Windows XP bermula.
    Klik pada butang Next.

    install Windows XP
  2. Masukkan nama anda dan klik butang Next.

    install Windows XP
  3. Masukkan nombor siri bagi Windows XP dan klik butang Next.

    install Windows XP
  4. Masukkan password bagi
    Administrator dan klik butang Next.

    install Windows XP
  5. Dalam ruangan Time Zone, pilih Kuala Lumpur dan klik butang Next.

    install Windows XP
  6. Proses Setup telah bermula. Tunggu hingga selesai.

    install Windows XP
  7. Sekiranya anda mempunyai Network Card, Setup akan meminta anda membuat
    pilihan mengenai Network. Klik sahaja pada butang Next sebanyak dua kali.

    install Windows XP
  8. Tunggu sehingga keseluruhan proses install
    Windows XP selesai, dan komputer akan restart sekali lagi.
Mula Menggunakan Windows XP
  1. Kali pertama Windows XP dimulakan, screen resolution anda akan
    diubah mengikut kesesuaian. Klik pada butang OK.

    install-window-22
  2. “Welcome to Microsoft Windows” dipaparkan. Klik pada butang Next.

    install Windows XP
  3. Pilih “Not right now” dan tekan butang Next. Anda boleh mengaktifkan
    kembali Automatic Updates pada kemudian hari.

    install Windows XP
  4. Windows akan cuba mengesan sambungan Internet anda. Anda boleh
    tinggalkan langkah ini dengan menekan butang Next.

    install Windows XP
  5. Pilih “No, not at this time” supaya anda tak perlu mendaftar dengan
    Microsoft. Tekan butang Next.

    install Windows XP
  6. Masukkan nama anda dan tekan butang Next.

    install Windows XP
  7. Klik pada butang Finish.

    install Windows XP
  8. Kini, Windows XP telah siap sedia dipasang dan anda sudah boleh mula
    menggunakannya.

    install Windows XP
Itu sahaja langkah-langkah yang diperlukan untuk
install Windows. Senang, kan? Tak perlulah habiskan duit sehingga RM40
(atau mungkin lebih 0.o) untuk menghantar komputer anda ke kedai hanya kerana
nak format PC, kerana anda boleh melakukannya sendiri ^_^
Entri bekaitan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...