Kepada mereka yang telah lama berkecimpung dalam dunia komputer dan internet mungkin sudah lali dengan kemudahan-kemudahan yang tersedia. Yang menjadi masalah ialah kepada orang baru, yang masih terkial-kial untuk menimba ilmu. Lagi lah kepada pengguna pasif!
Kali ini saya ingin berkongsi mengenai aplikasi ringan dan mudah untuk mengawal (remote) dari satu komputer ke satu komputer yang lain. Aplikasi berkenaan dikenali sebagai Teamviewer.
Memiliki dua versi iaitu versi penuh (full version) dan versi klien (quicksupport version).
Versi penuh dipasang ke atas komputer pengawal (remote) atau admin. Antara muka yang mudah dan ringkas serta memudahkan pemindahan fail. Fail yang melalui proses pemindahan juga cepat kerana fail-fail tersebut dikompres (compress) dahulu.
Versi klien pula untuk dipasang di komputer klien yang ada masalah supaya dapat disambung kepada komputer admin (remote). Tidak perlu dipasang dan failnya kecil.
Aplikasi ini memudahkan lagi proses melihat masalah yang terjadi kepada sesebuah komputer lain melalui talian. Sesuai untuk kegunaan seseorang yang berilmu mengenai komputer untuk menyelesaikan masalah ke atas komputer yang dikawal (komputer yang bermasalah).
Dan yang paling menarik ianya menggunakan platform web dan bukannya seperti aplikasi yang lain. Ianya selamat kerana masih dilindungi oleh firewall. Tidak perlu mengetahui maklumat talian pengguna hanya mengunakan ID dan katalaluan yang akan diberi secara automatik.
Admin perlu tahu ID dan katalaluan dari klien dan kemudian terus dapat disambung. Mudah dan ringkas!
- Download dan lancarkan TeamViewer pada kedua-dua PC.
- kawan anda akan diberi nombor lapan digit berserta password.
Masukkan nombor dan password tersebut pada PC Anda dan klik pada butang “Connect to partner”
- Kini Anda dah boleh lihat dan kawal PC kawan anda. Setelah selesai, hanya tutup sahaja TeamViewer ini untuk menamatkan sesi.
Aplikasi ini percuma untuk kegunaan peribadi. Selamat mencuba!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan