01 Januari 2009

Install Windows XP Menggunakan USB Drive

Dalam banyak-banyak PC atau laptop yang saya perlu format, adakalanya saya berjumpa dengan situasi yang menyusahkan. Salah satu daripadanya adalah, DVD drive tidak berfungsi. Macam mana nak install Windows kalau DVD drive tak boleh dipakai?

Kalau pada PC bolehlah juga saya tukarkan dengan CD-ROM yang elok buat sementara. Tapi kalau laptop, kan susah. Nak beli external CD-ROM mahal pula.

Dalam situasi seperti inilah saya terpaksa belajar sesuatu yang baru. Jadi, pada kali ini saya akan menunjukkan bagaimana anda boleh format komputer menggunakan USB drive. USB drive yang digunakan hendaklah sekurang-kurangya bersaiz 2GB.

(Nota: Bagi proses menyediakan USB drive ini dengan Windows XP, anda memerlukan sebuah komputer yang mempunyai CD-ROM yang berfungsi).

Software yang diperlukan

  • PeToUSB
  • BootSect
  • usb_prep8

Saya dah sediakan ketiga-tiga software ini di sini. Download fail zip tersebut dan extract ia ke dalam satu folder.

Langkah Pertama: PeToUSB

  1. Pertama sekali, kita perlu format USB drive menggunakan PeToUSB. Buka PeToUSB dan pastikan pilihan-pilihan berikut:
    • Destination Drive: USB Removable
    • Enable Disk Format
    • Quick Format
    • Enable LBA (FAT 16X)
  2. Klik pada butang Start untuk format USB drive.
    install-windows-usb-01
  3. Klik butang Yes pada kedua-dua window yang keluar selepas itu.
    install-windows-usb-02
    install-windows-usb-03
  4. Setelah proses format USB drive selesai, satu lagi window akan keluar dengan mesej “Operation Completed Successfully”, klik OK pada window tersebut.
    install-windows-usb-04

Langkah Kedua: BootSect.exe

  1. Untuk melancarkan program BootSect.exe ini, anda harus melakukannya melalui command prompt. Jadi, buka CMD dan terus taipkan path bagi folder bootsect. Sebagai contoh, jika anda extract fail zip tadi ke dalam C:, anda perlu taip: cd C:\usb-windows\bootsect\
    install-windows-usb-05
  2. Kemudian, taipkan: bootsect /nt52 H:
    install-windows-usb-06
  3. Ambil perhatian bahawa H: adalah drive letter bagi USB drive saya. Gantikan H: dengan drive letter bagi USB drive anda. Kemudian, tekan Enter, dan tunggu hingga proses selesai.
    install-windows-usb-07

Langkah Ketiga: usb_prep8.exe

  1. Untuk melancarkan program usb_prep8.exe, kita harus melakukannya melalui command prompt. Jadi, buka CMD dan terus taipkan path bagi folder usb_prep8. Sebagai contoh, jika anda extract fail zip tadi ke dalam C:, anda perlu taip: cd C:\usb-windows\usb_prep8\
    install-windows-usb-08
  2. Kemudian, taipkan usb_prep8
    install-windows-usb-09
  3. Pengenalan kepada usb_prep8 akan dipaparkan. Tekan apa-apa butang pada keyboard.
    install-windows-usb-10
  4. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan:
    install-windows-usb-11
  5. Sekarang, masukkan CD Windows XP ke dalam CD-ROM dan ikuti langkah seterusnya.
  6. Taip 1 dan tekan Enter. “Browse for Folder” akan dipaparkan, pilih CD-ROM Windows XP (atau CD Windows XP yang telah slipstream dengan driver SATA) anda tadi klik butang OK.
    install-windows-usb-12
  7. Taip 2 dan tekan Enter. Masukkan apa-apa drive letter yang belum digunakan (sekiranya T: belum digunakan, masukkan T sebagai drive letter yang akan digunakan sebagai Virtual Drive)
    install-windows-usb-13
  8. Taip 3 dan tekan Enter. Masukkan drive letter bagi USB drive tadi. Oleh kerana USB drive saya berada pada H:, jadi saya taipkan H.
    install-windows-usb-14
  9. Taip 4 dan tekan Enter. Kemudian taip Y dan tekan Enter untuk format USB drive dengan FAT 32.
    install-windows-usb-15
  10. Tekan apa-apa butang keyboard pada “Creating LocalSource on Temporary Drive”. Tunggu hingga selesai.
    install-windows-usb-16
  11. Tekan apa-apa butang keyboard pada “Making of LocalSource folder $WIN_NT$.~LS Ready”. Tunggu hingga selesai.
    install-windows-usb-17
  12. Klik Yes pada “Copy To USB-Drive - Start File Copy”
    install-windows-usb-18
  13. Klik Yes pada “Change Migrate.inf - USB-stick”
    install-windows-usb-19
  14. Klik Yes pada “Unmount Virtual Drive”
    install-windows-usb-20
  15. Akhirnya, USB drive anda kini telah sedia dengan Windows XP di dalamnya.

Install Windows XP Menggunakan USB Drive

  1. Sekarang, kita boleh gunakan USB drive ini untuk install Windows XP. Cucuk USB drive pada komputer, dan pastikan boot sequence telah ditetapkan kepada USB HDD atau USB ZIP.
  2. Taip 2 dan tekan Enter, iaitu “TXT Mode Setup Windows XP, Never unplug USB-Drive Until After Logon”
    install-windows-usb-21
  3. Buat partition mengikut pilihan anda sehingga selesai, dan komputer akan restart.
    install-windows-usb-22
  4. Taip 1 dan tekan Enter, iaitu “GUI Mode setup Windows XP, Continue Setup + Start XP”
    install-windows-usb-22
  5. Teruskan proses install Windows XP kemudiannya seperti biasa.

Itu sahaja langkah-langkah yang diperlukan untuk membolehkan anda install Windows XP melalui USB drive.

  • Entri berkaitan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...