28 Disember 2008

“Access Denied” ketika Hendak Membuka Folder

Masalah ini kerap kali berlaku bila saya nak masukkan hard disk dari komputer lain ke dalam komputer Saya, jadikannya sebagai slave, dan cuba untuk membuka satu-satu folder di dalam hard disk tersebut (biasanya pada My Documets). Satu error akan terpapar: “Access Denied

Ini berlaku kerana saya takde kebenaran yang sepatutnya untuk membuka folder tersebut, kerana ia telah dibuat pada Windows yang lain. Cara-cara untuk menyelesaikan masalah ini adalah seperti berikut:

  1. Mematikan fungsi Simple File Sharing:
    1. Buka My Computer
    2. Pada menu, pilih Tools | Folder Options
    3. Pilih tab View
    4. Untick pada ”Use simple file sharing (recommended)“. Klik OK.
  2. Right-click pada folder yang berkaitan, dan pilih Properties.
  3. Pilih tab Security (klik OK jika ada mesej Security).
  4. Klik pada butang Advanced dan pilih tab Owner.
  5. Pada senarai nama yang dipaparkan, pilih user name korang dan tandakan pada “Replace owner on subcontainers and objects“. Klik OK
  6. Klik Yes pada mesej berikut (jika ada): “You do not have permission to read the contents of directory [Folder]. Do you want to replace the directory permissions with permissions granting you Full Control? All permissions will be replaced if you press Yes.
  7. Klik OK
Dengan ini, folder tersebut telah menjadi hak milik Anda, dan Anda boleh membukanya. Selamat mencuba, Insya-Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...