08 April 2009

PC anda perlahan?

PC anda mungkin akan menjadi amat perlahan kerana beberapa sebab:

1. Masalah harddisk. Jika
harddisk anda telah mempunyai sektor yang rosak,
ini akan menyebabkan PC anda menjadi perlahan.
2. Virus! ‘Update’ antivirus anda dan jalankan imbasan.
3. Malware/Spyware! Antara punca PC anda menjadi perlahan juga ialah
disebabkan oleh malware/spyware. Sepertimana perisian anti virus,
anda perlu ‘update’anti spyware anda dan jalankan imbasan.
4. Kurang RAM! Saya sering memberi cadangan kepada pengguna komputer
agar memasang sekurang-kurangnya 512MB untuk XP dan 2GB untuk Vista.
Tambahan pula harga RAM pada masa ini tidaklah membebankan sangat.
5. Fragmentasi sistem operasi! Seringkali pengguna PC alpa untuk
melakukan defragmentasi OS mereka. Anda boleh menggunakan
Disk Defragmenter ataupun muatturun lain-lain aplikasi.
6. Fail-fail sementara! Jika anda membiarkan PC anda dipenuhi dengan
‘temporary files’ seperti internet cache, *.tmp dan sebagainya,
ia juga menyumbang kepada perlahannya PC anda disamping merugikan
ruang harddisk! Untuk mengatasi masalah ini anda boleh menggunakan
CCleaner
dan/atau Glary Utilites.

Sumber asal: pcproblems.afraid.org

1 ulasan:

  1. wah masih ade main computer software?? tapi kurang software baru leh!!! macam mana sy boleh download!!!!
    masih ade pergi tolong kat masai sana ke?
    sorry guna account gmail awk utk hantar messenge hahaha....
    ---LEE

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...