03 Februari 2010

Install Windows XP Secara Automatik Dengan Unattended Windows

Sebagai seorang pekerja di bengkel komputer, kami seringkali diminta untuk install Windows XP ke dalam PC di bengkel. Namun proses install Windows XP ini biasanya mengambil masa, lebih – lebih lagi pada PC lama.
Jadi, saya telah burn satu CD Windows XP yang akan memasukkan nama, no siri, serta menetapkan tarikh dan masa secara automatik. Dengan ini, saya hanya perlu format hard disk dan tetapkan saiz partition sahaja manakala proses yang selebihnya akan diuruskan oleh Windows. Saya tidak perlu lagi tunggu di hadapan komputer untuk menekan butang Next satu – persatu. Kaedah ini dipanggil sebagai Unattended Windows Installation.
Untuk membuat CD ini, anda boleh menggunakan software nLite. Download dan install nLite, dan ikuti langkah – langkah berikut:



  1. Buka program nLite. “Welcome to nLite!” akan dipaparkan. Klik Next.
  2. Masukkan CD Windows XP ke dalam CD-ROM. Klik pada butang Browse dan pilih CD tersebut. Kemudian nyatakan folder di mana kandungan di dalam CD Windows XP tersebut akan disalin ke dalam komputer. Tunggu sehingga proses menyalin selesai. Klik Next.
    nLite30
  3. Pada bahagian Presets, klik Next.
  4. Pada bahagian Task Selection, pilih Unattended dan Bootable ISO.
    nLite31
  5. Pada bahagian Unattended, pastikan anda mengisi no siri (tab General), Full Name (tab Owner and Network ID), dan Timezone (tab Regional) bagi memastikan proses install Windows XP akan dijalankan secara automatik. Klik Next setelah selesai.
  6. Kotak “Apply changes?” akan dipaparkan. Klik Yes. Tunggu sehingga proses selesai dan klik Next.
  7. Pada bahagian Bootable ISO, anda boleh pilih samada hendak burn terus ke dalam CD atau buat satu fail ISO.
    nLite32
Dapatkan nLite di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...