Pernah tiba-tiba anda menerima mesej yang komputer anda telah diserang virus atau spyware? Padahal anda tidak pernah memasang antivirus yang mungkin anda tidak kenali yang secara tiba-tiba muncul? Dari mana entah datangnya, keluar popup mengatakan komputer Anda diserang virus. Padahal Anda tak pernah pun memasang antivirus tersebut Setelah saya selidiki di internet. Nyata bahawa perisian yang dikatakan antivirus tersebut adalah palsu,
Antivirus 2010 merupakan kategori malware yang boleh menjahanamkan komputer anda. Terdapat pelbagai variasi malware ini. Ada namanya Antivirus 2010, antivirus XP dan lain-lain. Pendek kata yang ada nama ‘Antivirus’ tuh adalah golongan perisian malware yang jahat ini.
Apabila anda terinstall malware ini, ia seperti melakukan imbasan (scan) ke dalam komputer anda dan kemudian akan mengeluarkan keputusan palsu iaitu seolah-olah komputer anda penuh dengan virus, spyware dan lain-lain. Padahal ia merupakan laporan palsu supaya anda membeli perisian malware tersebut. Sekiranya anda tidak membeli perisian tersebut, ia akan terus menganggu kelancaran komputer anda dengan mengeluarkan popup dan ada variasi yang lain akan memapar atau mengubah wallpaper kita.
http://www.malwarebytes.org
1. Scan komputer2. Selepas scan
3. Remove selected
4.
5. Restart komputer.
Semoga berjaya !...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan