28 Disember 2008

Cara nak lajukan Windows XP


Mungkin kita semua perasan, masa mula-mula beli laptop atau PC memang sedap dipakai, laju, tidak ‘hang’. Tetapi bila sudah lama masalah yang utama sekali adalah ia semakin lembab. Hurm..kenapa yerk..?…Cm ner nak selesaikan/ lajukan balik?..

Jadi untuk post ini saya sediakan tips untuk selesaikannya….

Defragment Disk Anda

Secara asasnya ‘defragmentation’ bertugas untuk membetulkan kembali keadaan susunan fail. Ia akan menyusun kembali fail - fail dalam komputer anda agar berada di tempat yang betul.

Apabila Windows XP menyimpan satu-satu fail dalam komputer anda, kadang - kadang ia diletak secara bersepah. Sebagai contoh, sebahagian dari fail Excel anda diletakkan di bahagian tengah Hard Disk manakala sebahagian lagi diletakkan di bahagian hujung. Susunan ini disebut sebagai Fragmentation. Untuk membuka fail Excel ini, Windows XP terpaksa memakan sedikit masa kerana ia terletak berjauhan antara satu sama lain.

Disk Defragmenter boleh dibuka melalui Start Menu > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter

Matikan Servis Yang Tidak Perlu

Servis yang tidak perlu adalah proses-proses sistem komputer yang tidak penting, ia biasanya dijalankan secara senyap, di balik tabir (backend). Seperti Startup Program, dan boleh ditetapkan agar tidak dilancarkan secara automatik.

Untuk membuat tetapan pada servis, buka Start Menu > Run > msconfig sekali lagi. Pergi kepada tab Services. Pastikan anda menanda kotak “Hide All Microsoft Services” agar anda tidak tersilap membuang servis yang penting. Kemudian uncheck pada mana - mana servis supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik

Untuk senarai servis - servis dalam Windows XP yang lebih lengkap, buka kotak Run dan taipkan services.msc. Di sini anda boleh lihat segala servis - servis yang terdapat dalam Windows XP.

Bersihkan PC anda

Semakin lama anda menggunakan PC, semakin banyaklah Temporary File yang terkumpul dalam Windows anda. Temporary File ini adalah sampah - sarap yang perlu dibersihkan selalu agar ianya tidak membazirkan ruang dalam Hard Disk anda. Untuk membersihkan fail - fail ini, gunakan CCleaner.

Tingkatkan BIOS Anda

(Nota: Tips yang berkaitan dengan upgrade BIOS atau mematikan mana - mana fungsi dalam BIOS adalah agak teknikal. Pengguna baru adalah dinasihatkan supaya mengelakkan tips ini)

BIOS bereti Basic Input Ouput System, yang berfungsi untuk memulakan perkakasan - perkakasan dalam komputer anda sewaktu PC dihidupkan. Bergantung pada PC anda, pengubahsuaian BIOS boleh meningkatkan sedikit prestasi komputer.

Update BIOS Anda. Biasanya pengeluar komputer atau motherboard akan mengemaskini BIOS mereka, dan anda boleh download versi BIOS yang terbaru ini. Pastikan BIOS jenis apa yang anda pakai, dan cari update yang terkini di Internet. Setelah download, ikuti langkah yang diberikan untuk install BIOS tersebut.

Matikan Komponen Yang Tidak Digunakan.

Motherboard anda mengandungi banyak komponen - komponen seperti RJ-45, bunyi, dan grafik. Anda boleh matikan komponen yang tidak diperlukan; melalui BIOS. Contohnya jika anda mempunyai kad wireless, anda tidak memerlukan lagi komponen Ethernet. Ataupun jika port VGA anda tidak digunakan, disable saja fungsinya. Jika anda ingin menggunakannya kembali, enable semula komponen tersebut melalui BIOS.

Setiap kali Windows dimulakan, ia akan melancarkan sejumlah program secara automatik. Program ini dipangil sebagai Startup Program. Namun, tidak semua dari program ini diperlukan sentiasa, sebaliknya anda hanya akan buka program tersebut bila perlu.

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuang satu-satu program dari senarai Startup. Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan msconfig. Untuk melancarkan msconfig, klik pada Start Menu dan pilih Run (atau tekan sahaj Win+R). Pada kotak Run, taipkan msconfig dan tekan Enter. System Configuration Utility akan dipaparkan. Pergi kepada tab Startup dan anda boleh lihat senarai startup program. Hanya uncheck sahaja mana - mana program supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik.

Bagi mendapatkan senarai Startup Program yang lebih lengkap dan menyeluruh, gunakan perisian Autoruns. Pastikan anda tahu program apa yang anda hadapi, sebelum membuat apa - apa perubahan.

1 ulasan:

  1. mcm mana nak buat laptop dell latitude d610 jadi laju..berat lah photoshop...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...